BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 25, 2012

LIFE part one

assalamualaikum ..
 dah lama tak membebel kat sini .
rasa rindu pulak .
sebelum aku pulang ke hostel kesayangan aku ,
bolehlah aku update blog yang dah bersawang niey .

KEHIDUPAN ..
Kehidupan di atas muka bumi ini sangat sukar untuk ditempuhi .
siapa yang kuat sahaja yang mampu untuk bertahan 
dengan segala cabaran , onak dan duri dalam hidup ini .
jadi , kita semua kena kuat untuk menempuhinya 
walaupun ianya terlalu berat untuk kita .
tuhan tidak pernah memberi ujian melebihi kemampuan umatnya ..

panjangnya mukadimah aku .
bukan pasal tu yang aku nak cerita actually .
cerita sebenar adalah tentang salah satu perkara penting dalam kehidupan ,
SAHABAT ..

aku sangat bersyukur kerana Allah telah memberi aku
sahabat yang sangat baik dan faham tentang diri aku 
tanpa dorang semua ,
mungkin aku tak kuat untuk berdiri di bumi ini
terutama di Science Muar Royal Academy [SAMURA]


Kawan yang paling rapat dengan aku , AMIRUL AKMAL ..
serius seronok dapat kawan dengan kau . 
jumpa kau je mesti ada story mory .
macam-macam la weyh .
setiap malam ketawa sama-sama .
buat homework sama-sama.
jaga putramart sama-sama .
yamh aku takkan lupa , masa Nik dengan Hafiz berkomplot nak kenakan kita.
sumpah lawak masa tu .
semua yang kita plan dapat dihidu oleh orang yang heartless .
HAHA . takpe , kita usaha lagi yea .


kawan rapat aku ni paling bergaya , AMIR RUZI ..
yang ni lagi sorang kaki gosip .
balik dorm je , mesti bercerita .
macam-macam cerita dye dapat .
aku pun tumpang sekakilah . 
seronok dapat kawan dengan kau .
even , kau dah berubah sekarang .
rahsia kau dalam tangan aku amer .
HAHA ! 
jagalah rahsia aku tu baik-baik (:


ala tomey-tomey , NOOR ADZRIE ..
kawan aku yang paling havoc sekali .
kalau dah bukak mulut , memeang susah nak tutup .
sabar je lah .
ni pun kaki bercerita jugak .
macam-macam info yang aku dapat dari dia .
memang seronok dapat kawan yang havoc macam kau .


majalah bergerak edisi terbaru , SAFWAN SHOKOR ..
semua barang berjenama yang terbaru semua dia tau .
kau tanya je lah semua kat dia ,
semua dia boleh jawab .
kuat sentap jugak budak niey .
susah susah !
seronoklah dapat kawan dengan kau . 


kawan baru aku , HAFIZ RUSLAN  ..
penat nak jadi orang tengah ni ,
tapi soronok gila .
HAHA !
terima kasih kerana sudi menerima kedatangan aku dalam dorm kau .
owh lupa , my new bedmate.
lepas ni , kau suruh je la aku buat apa-apa .
aku akan tolong kau .
kitakan kawan (:
best sangat kawan dengan kau .


teman bergaduh aku , ILY FARAHIYAH ..
tak sah kalau tak gaduh dengan dye ni .
selalu je nak cari pasal .
tak pasal-pasal kena bekerja dengan dye sebagai KT dan PKT .
haish , nasib baik dye ni bertanggungjawab sikit .
at least , dapat menutup kemalasan aku ni .
penatlah asyik nak bergaduh dengan kau .
kalau kita ni baik , mesti pelikkan .
HAHA ! 
yang penting aku seronok bergaduh dengan kau (:


budak hot , NAJWA SYAZANA ..
seronok dapat jadi kembar kau .
at least , aku dapat menumpang populariti kau .
kaulah kawan aku yang suka menyendiri dalam dunia sendiri [berangan] .
kadana-kadang kalau aku usha kau dalam kelas ,
tersengih sorang-sorang .
mesti kau tengah berangan .
HAHA ! 
sorrylah yea sebab selalu usha kau .
kalau aku mengantuk , 
aku suka tengok gelagat orang lain .
best dapat kenal kau (:


queenblur , HAWA RIZWANA ..
sesuai sangatlah dengan gelaran tu .
nak tunggu kau proses memang lama sangat .
HAHA !
jangan marah sebab memang betul pun .
tapi seronok bila tengok kau seyum , ketawa .
macam budak tak matang [cakap dengan cermin] .
lepas ni , aku nak polish otak kau biar laju sikit eh .
kawan dengan kau memang boleh pengsan tapi seronok (:

hidup tanpa kawan memang membosankan .
tapi lebih baik hidup bersendirian ,
jika ada kawan yang makan kawan .
alhamdulillah , 
Allah telah memberi aku kawan yang dapat membantu aku 
untuk menyelesaikan segala masalah dalam hidup aku .
terima kasih ya Allah atas pemberianmu ini .
aku akan hargai mereka semua walau apa pun yang berlaku .

Kenangan 2011 (:








PERSAHABATAN KITA AKAN KEKAL HINGGA KE SYURGA  ...

sampai sini je lah untuk kali ini .
kalau rajin post lagi .
terima kasih .
assalamualaikum..

0 comments: