BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, April 13, 2013

LIFE part two : Sembrong :)

assalamualaikum ..
buat kali pertamanya untuk tahun 2013 
nak post kat blog ni :)

KEHIDUPAN ..
Kehidupan di atas muka bumi ini sangat sukar untuk ditempuhi .
siapa yang kuat sahaja yang mampu untuk bertahan 
dengan segala cabaran , onak dan duri dalam hidup ini .
jadi , kita semua kena kuat untuk menempuhinya 
walaupun ianya terlalu berat untuk kita .
tuhan tidak pernah memberi ujian melebihi kemampuan umatnya ..
 
tarikh 3 JANUARI 2013 sehingga 16 MAC 2013
tarikh di mana aku menjalani PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA 
di KEM SEMBRONG BATU PAHAT 

banyak sangat yang aku belajar semasa 78 hari program berlangsung .
terlalu banyak perkara sampai nak listkan pun memang banyaklah .

aku belajar apa itu erti PERSAHABATAN .
mula mula masuk dah lah tak kenal siapa siapa .
entah rasa memang nak balik jea .
penat gila dah lah panas .
tapi kawan kawan semualah yang bagi aku semangat .
sumpah aku rindu gila kenangan kat Sembrong .

bermulanya di sini ..
BISA BRAVO :)

Pantas . Garang . Berbisa




Kawan kawan Sembrong :)




Jaza Jalil
Badar Saser , imam surau .
kawan yang paling paling paling rapat .
pergi mana mana mesti ada dia .
kalau ada aku , mesti ada dia . 
peminat Taylor Swift dia ni :)


 Ashrul Othman
Jang , nama panggilan kat kem .
mulut paling kepoh , kuat mencarut jugak .
tahap blurr dia boleh tahan tinggi jugak . 
kena cerita detail baru faham .
rindu dia ni .


 Badrul Syafiq
orang yang gila gila .
kelakar kadang kadang .
ramai wirawati minat dia ni . HAHA


Fikri
Chin , panggilan kat kem .
aku cari gambar botak kau takde -,-
konon konon pemalu .
memang suka color hitam , minat main gitar .
sesuka hati conteng muka pakai celak aku -,-


Tham Zheng Kang
budak cina yang paling aku rapat .
aku sayang gila gila gila kat dia ni .
suka dengar dia cakap sebab dia ni comel .
aku rindu sangat sangat kat Kang .


Syukuur Tumien
budak pandai Bravo .
dia sangat peramah , baik hati .
susah gila nak kejut bangun pagi . HAHA
aku rindu kau Syuk .


Mohd Syahmir
Amir , panggilan kat kem .
kawan baik aku dalam dorm .
kalau dengar dia bercerita memang kelakar .
dia ni lahh yang selalu kena bahan dengan budak budak .
kesian dia ni tapi aku selalu bahan jugak .
kelakarlah bila tengok dia ni . HAHA


Mohd Azmi
tengok kat tangan dia tu , jam tangan aku :)
dia ni kelakar , sewel jugak kadang kadang .
seronoklah dapat kawan dengan orang macam dia ni .
aku tukang urut dia -,-
aku sayang Azmi :)


Irham
budak sakit mental lari hospital . HAHA
kadang kadang baik , kadang kadang jahat .
dia ni pun sama gila , sama sakai dengan semua orang .
Amm sepet kononnya -,-
jangan marah Amm . aku sayang kau :)


 Amirul Zainudin
dia ni baik sangat tapi kadang kadang .
selalunya jahat , sama dengan semua .
kalau takde dia dan gitarnya , 
aku tak boleh nak hiburkan semua orang . HAHA
thanks Mirul . aku pun sayang kau :)


Raja Fahmmy Affizi
dia ni jahat , nakal . HAHA
rapat jugak dengan aku kat kem .
lepas ni dia sambung belajar .
hope tak putus kawan dengan dia .
Good Luck Famy .
aku sayang kau sangat sangat :)


 Ahmad Zaid 
ni lagi sorang mahkluk .
mengutuk aku jadi hobi dia setiap hari sampai sekarang .
sabar jelahh dengan perangai dia ni .
kadang kadang menyampah tapi kawan punya pasal , layan jea .
Zaid , hope kau berubah .
and ini aku FAQEH bukan POTTER :)


 Faisal
Ecal , panggilan kat kem .
budak depan katil aku . 
dia ni dahlah genius , menyampah aku .
samalah hobi dia dengan Zaid mengutuk aku .
selalu panggil aku mok sampai sekarang .
nasib baik Ecak ada so aku tak jadi yang terendah :)

 
 Hazreen Shah 
dia ni baik .
bila dah terpengaruh terus jadi nakal .
sakat aku jadi hobi dia jugak .
tahan jea perangai dia .
Reen , kenapa kau tinggi sangat ?
sakit leher aku . HAHA :)

ramai lagi kawan kawan . nak cerita memang panjang 
walau apa pun , aku sayang semua orang .
aku rindu semua orang .

Kenangan Terindah :)

























SORAK SORAK DORM TEPI TASIK !
DORM TEPI TASIK 
TUKAR LANGSIR BIRU BARU
BRAVO PANTANG KALAH
KITA PULUN NOMBOR SATU

SATU TAK CUKUP EHH
DUA TAK CUKUP EHH
TIGA TAK CUKUP 
KITA PULUN CUKUP CUKUP

BISA TAK BISA ! BISA BISA
BISA TAK BISA !
BISA BISA BRAVO , OO
BRAVO , OO

DIMANA JUA KITA BERADA 
MEREKA TANYA SIAPA KITA 
KITAKAN JAWAB
BISA BISA BRAVO , OO
BRAVO , OO


 " Ya Allah , semoga engkau kekalkan persahabatan kami semua hingga ke Jannah Ya Allah . Semoga kehidupan mereka semua berjaya di dunia dan diakhirat "
Amin ...